
Latihan 1
Bagaimana Manusa Menjadi Sengsara Dalam nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam, pencipta seisi alam. Sembah dan puji dengan segala kesyukuran dan sanjungan kepadaNya, yang telah menjadikan kita dan telah mencipta kita dengan sempurna. Ini memanglah merupakan sesuatu yang mengkagumkan bagi mereka yang faham dan mengerti. Saya mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah yang esa, abadi dan tidak bersekutu. Dia yang menyelamatkan kita daripada kesalahan, memimpin manusia kepada diriNya dan membimbing kita ke jalan yang benar. Sering kali seseorang itu menyoal sendiri: “Dari manakah saya berasal?” Mengapa saya wujud? Siapakah diri saya? Kenapa saya wujud?Besar kemungkinannya kamu masih belum menjawab soalan-soalan kamu itu. Kamu bertambah gelisah lagi kecewa dan sedar bahawa kamu sesat dalam kegelapan. Mungkin kamu cuba menyakinkan dirimu dengan mempelajari falsafah. Akan tetapi falsafah tidak dapat memenuhi kehendak jiwamu. Saudara ikutilah saya supaya kita dapat memahami manusia – asal usul manusia; kewujudannya; kedudukannya sekarang dan tujuannya. Memanglah Allah yang dimuliakan serta disanjung tinggi merupakan suatu kenyataan dan bukanlah hasil khayalan manusia. Kita tidak dapat memahami kewujudan Allah kerana fahaman kita terhad. Allah ialah Roh dan oleh kerana penglihatan kita adalah terbatas, kita tidak dapat melihatNya. KewujudanNya adalah di segenap ruang pada setiap masa. Allah adalah kekal abadi dan tidak berubah. Bagaimakah pula kita dapat mengetahui akan kewujudan Allah? Jikalau saya tidak dapat melihat Allah pastikah saya yang Allah wujud? Saudara, cuba kita lihat akan alam semesta. Ia menunjukkan kewujudan Allah, Tanpa keraguan, disebalik hasil ciptaan ini terdapat Penciptanya, Allah Mahakuasa dan yang Termulia berfirman “Jadilah dan ia terjadi.” Pada mulanya Allah menciptakan alam. Kemudian Allah mencipta semua jenis tumbuh-tumbuhan; matahari, bulan dan bintang-bintang; semua jenis binatang dan burung. Kemudian Allah mengambil sedikit tanah dari bumi dan membentuk seorang manusia daripadanya; Dia menghembuskan nafas yang bernyawa melalui hidungnya dan manusia itu mulai hidup. Manusia ini adalah Adam. Latihan 1… Kemudian Allah mengambil salah satu tulang rusuk Adam dan dijadikannya seorang wanita yang diperisterikan Adam. Wanita ini adalah Hawa. Ketika itu kejahatan masih belum wujud dalam manusia. Dosa, pemberontakan, kesakitan, penyakit, kebencian, peperangan dan kematian sebelum diketahui lagi. Hanya terdapat keamanan, kegirangan, ketenteraman dan perpaduan. Allah Mahakuasa memberi kuasa kepada Adam dan Hawa ke atas bumi dan seluruh ciptaan alam semesta – tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Manusia dijadikan khalifah Allah untuk memerintah bumi supaya Allah yang disembah dan dipuji akan menerima kemuliaan ke atas kebijaksanaan dan kuasaNya. Kemudian Allah: “…membuat sebuah taman di Eden, di bahagian Timur, dan meletakkan manusia yang telah dibentuknya itu di situ. Dia menumbuhkan segala jenis pokok-pokok yang cantik, dan menghasilkan buah-buahan yang baik. Di tengah taman tersebut terdapat pokok yang memberi nyawa dan pokok yang memberi pengetahuan dan pengertian.” Allah Maha Mulia memberi perintah ini kepada Adam: “Engkau boleh makan buah-buahan daripada sebarang pokok di taman ini, kecuali buah-buah pokok pengetahuan dan pengertian itu. Engkau tidak boleh makan buah-buah dari pokok itu; jika engkau memakannya, engkau akan mati pada hari itu juga.” Kematian di sini bererti perpisahan dari Allah. Ia adalah kematian rohani dan akhiratnya adalah neraka. Adam and Hawa bertelanjang tetapi merka tidak malu kerana mereka berhati murni. Mereka tinggal bersama-sama dan hidup dalam keadaan yang tenteram lagi gembira dan mempunyai perhubungan yang erat dengan Pencipta mereka, iaitu Allah. Tetapi pada suatu hari, syaitan dengan tipu helahnya menggoda Hawa menentang Allah. Syaitan adalah musuh utama manusia. Matlamatnya ialah untuk membuat manusia berdosa. Jadi syaitan berkata kepada Hawa: “Kalau kamu dan Adam makan buah-buah dari pokok pengetahuan dan pengertian itu, kamu tidak akan mati. Sebaliknya, kamu akan beroleh pengetahuan serta pengertian seperti Allah.” Dengan itu Hawa nampak betapa cantiknya pokok itu, dan betapa enak buah-buahnya iika di makan. Oleh yang demikian dia pun mengambil beberapa biji buah tersebut dan memakannya. Selepas itu dia memberikan sedikit kepada suaminya, dan suaminya turut memakannya. Sebaik sahaja mereka memakannya, mereka sedar bahawa mereka itu bertelanjang. Mereka menjahit daun-daun ara untuk menutup diri. Pada petang itu, mereka terdengar Allah berjalan di taman itu, dan mereka pun menyembunyikan diri di belakang pokok-pokok. Allah menmanggil Adam dan lalu berfirman: “Di manakah engkau?” Lelaki itu menjawab “Aku mendengar engkau di dalam taman ini, aku merasa takut lalu menyembunyikan diri dari-Mu kerana aku bertelanjang.” “Siapakah yang merberitahu engkau bahawa engkau bertelanjang?” tanya Allah. “Sudahkah engkau memakan buah yang aku larang itu?” Lelaki itu menjawab “Perempuan yang engkau letakkan bersamaku memberi aku buah itu dan aku pun memakannya.” Allah bertanya kepada perempuan itu “Mengapakah engkau melakukan hal itu?” Perempuan itu menjawab “Ular itulah yang menipu aku, lalu aku pun memakannya.” Ini adalah dosa manusia yang pertama. Apakah akibatnya? Allah mengusir Adam dan Hawa keluar dari Taman Eden. Mereka tidak dapat tampil ke hadirat Allah lagi kerana mereka telah mengikut kata syaitan dan mengengkari firman Allah Dengan itu, tali persahabatan di antara manusia dengan Pencipta telah terputus. Dosa, rasuah, kesakitan, penyakit, keadaan putus asa dan maut telah menguasai manusia kerana mereka telah berdosa dengan menyerahkan diri kepada syaitan dan mengengkari firma Allah. Tetapi Allah yang disanjung tinggi dan demuliakan telah melakukan dua perkara berkenaan dengan kejadian ini. Pada mulanya, Allah membuat pakaian daripada kulit binatang dan bukannya dari daun-daun ara untuk Adam dan Hawa. Keduanya, Allah berjanji untuk menghantarkan seorang Persuruh dari keturunan manusia. Pesuruh ini akan mengalahkan syaitan dan memusnahkannya. Allah telah menunjukkan kasihNya kepada manusia. Dia tidak mahu melihat manusia sesat menuju ke neraka. Sebaliknya dia merancang untuk menyelamatkan manusia dari dosa mereka. Kawan-kawanku, kita telah pun membincangkan serba sedikit soalan-soalan yang telah dikemukakan kepada awal pengajian ini. Dari manakah kamu berasal? Allah, dengan kuasaNya telah menciptakan kamu supaya kamu boleh menjadi khalifah bumi dan memuliakan namaNya. Dimanakah kamu berada sekarang? Ke arah manakah kamu sedang tujui? InsyaAllah kita akan dapat membincangkan perkara ini dalam pengajian yang akan datang. Semoga Allah menjagai dan melindungi kamu serta selamat sejahteraku ucapkan. Kawan anda Sheikh Abdullah Dalam nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Saudara ku, Salam sejahtera! Adalah menjadi hasrat saya untok mengenal saudara dengan lebih mendalam dan mengirimkan kepada anda Kursus Korespondensi pertama “Allah-u-Akbar” dari Pusat Pelajaran Antarabangsa melalui persuratan. Kursus ini bertujuan untuk menolong anda dalam soal kehidupan dan keabadian. Kursus “Allah-u-Akbar” ini mengandong 7 pelajaran. Dengan berkat Allah, saya akan mengirimkan pelajaran ini kepada anda dengan percuma. Pusat Pelajaran Antarabangsa melalui Korespondensi mempunyai banyak cawangan di merata-rata tempat. Kami mengutamakan hal-hal permikiran, agama dan kehidupan seharian. Kami mengaturkan persidangan dan seminar supaya pelajar-pelajar kami dapat berkenalan antara satu sama lain dan digalakkan untuk mengikuti kehidupan yang menyukakan Allah. Oleh itu saudaraku, saya ingin anda mempelajari perlajaran pertama ini dengan teliti dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Kemudian hantarkan kertas ujian itu kepada saya dan kami akan menyemaknya dan memberikan markah untuknya. Setelah itu kami akan menghantarkannya balik kepada anda bersama-sama dengan pelajaran kedua. Saya berdoa Allah akan memberkati anda selalu. Kawan anda, Sheikh
Abdullah
|